Chapter 11
Friday, 7 December 2012 | 20:35 | 0 comments
Eunhyuk terkejut. Tidak pernah walau dalam mimpinya sekali pun semua ini boleh terjadi...
Selama ini Minjee lah orangnya. Kalau sahaja dia tahu...
Eunhyuk cuba untuk berlagak tenang. Riak wajahnya yang terkejut sedaya upaya ditutupnya.
"Selamat datang! Gembira kamu dah sampai.." Ayah Eunhyuk berhenti seketika lalu memandang Minjee.
"You're still young when i last saw you, tak sangka makin cantik jadinya bila dah besar ni."
Minjee mendiamkan diri. Senyuman paksa terukir di bibirnya. Hanya itu yang mampu dia lakukan.
"By the way, uncle nak perkenalkan anak uncle kat Minjee. Bakal husband Minjee,. Eunhyuk."
"Apa?? Siapa??" Minjee terkejut melihat bakal suaminya, tak lain tak bukan musuhnya sendiri, Eunhyuk.
"Hoi! kenapa dengan reaksi kau nie? tak percaye ke mamat hensem depan kau nie bakal jadi suami kau?" Balas Eunhyuk dengan bangganya.
"Nampaknya korang dua dah lama kenal. Bagus la tu." Ayah Eunhyuk berkata sambil memandang ayah Minjee dengan senyuman.
"Rasanya, baik kami tinggalkan korang berdua sekejap." Lalu kedua-dua lelaki tua tersebut mengangkat kaki, keluar dari rumah tersebut.
Kesunyian dapat dirasai di seluruh penjuru ruang tamu, Eunhyuk mencuri-curi pandang wajah minjee manakala Minjee hanya memandang ke arah dinding, seolah-olah tengah mengelamun. Eunhyuk mengeluh, sepertinya dia tidak dapat tahan lagi..
-Eunhyuk's POV-
Kenapa minah nie nampak problematic sangat? Teruk sangat ke aku nie? Benci sangat ke dia kat aku? Teruk sangat ke kahwin dengan aku nie? Takkan dia tak tahu banyak gila perempuan nak gantikan tempat dia sekarang nie. Jadi tunang aku, bakal isteri Lee Hyukjae. Tapi kenapa dia macam tak sudi je?...
"Sebab Donghae ke?" Eunhyuk bertanya secara tiba-tiba.
"Huh?" Minjee memandang eunhyuk, sedikit keliru dengan pertanyaan eunhyuk tadi.
"Kau nampak macam ade masalah je, aku fikir rase nye ade kene mengena dengan Donghae kot.." Eunhyuk berkata, cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya. Minjee memandangnya, masih tidak faham apa yang di maksudkan Eunhyuk.
"If you don't like the idea of marrying me, why are you here in the first place?!" Bentak Eunhyuk, sakit hati dengan gaya Minjee melayannya.
"It's none of your business!!" Balas Minjee, sakit hati dengan sikap Eunhyuk yang membentaknya secara tiba-tiba.
"It's also my business! Hal ni berkait dengan masa depan aku tahu tak?!
Minjee mengeluh,
"Okay! let's just say aku takde choice."
-Eunhyuk POV-
Takde choice? that's stupid! kenapa gadis nie selalu cakap benda yang menyakitkan....
"Apa-apa je la." Eunhyuk berjalan, berjalan menuju ke biliknya, berjalan keluar meninggalkan ruang tamu, meninggalkan Minjee sendiri..