Chapter 3
Saturday, 24 December 2011 | 14:16 | 0 comments
Red - Donghae
Purple - Minjee
Blue - Eunhyuk
"MinJee, macam mana hari pertama kat sekolah baru?" Encik Kim bertanya sewaktu minjee melangkah masuk ke rumah.
Macam nak mati je, betul ke ayah ni ayah Minjee?? Macamana ayah boleh masukkan satu-satunya anak ayah kat sekolah tu? Ayah tau tak student-student kat sana semuanya gila! ayah tau tak?
Encik Kim hanya mampu tergelak mendengar jawapan yang diberikan anak kesayangannya.
MinJee mencebik, makin betambah sakit hatinya apabila ayahnya mentertawakannya.
Encik Kim tersenyum, "MinJee tau kan ayah lakukan semua ni demi kebaikan MinJee, demi kebaikan kita semua,"
MinJee tau ayah, tapi minjee mengawal perasaan kecewa ni, kenapa semua ni mesti Minjee yang alaminya?
"Sebabnya Minjee kan special, sepatutnya MinJee beruntung, banyak remaja lain yang nak kahwin time muda-muda, tapi tak boleh, banyak sangat halangan, Minjee? dah la dapat kahwin time muda, Dengan orang berada, Handsome pulak tu, mana nak cari?" Encik Kim berkata, sengaja mahu menghiburkan hati Minjee.
Kalau cakap dengan ayah lama-lama boleh gila MinJee jadinya, Minjee nak naik dulu, nak masuk bilik.
----------------------------------------
Keesokan paginya MinJee bangun dengan penuh semangat, bersiap sedia untuk ke sekolah.
Hari ini masanya untuk aku membalas dendam!
MinJee tersenyum lebar, bersedia untuk menjalankan plannya untuk mengenakan 2 orang pelajar yang nyaris melanggarnya kemarin.
----------------------------------------
"Hi"
MinJee cuba mencari empunya suara tersebut, kelihatan salah seorang rakan sekelasnya menyapanya.
Hi! Minjee membalas.
"Saya Krystal, awak MinJee kan? Would you mind if we become friends?"
Boleh je! buat pertama kalinya sejak Minjee menjejakkan kaki ke SG High inilah kali pertama dia mengeluarkan senyuman yang iklas.
Krystal dan MinJee senang nak bergaul, mereka bercerita dan gelak bersama, bagaikan kawan lama yang sudah lama tak berjumpa, tengah syok-syok bercerita Minjee terpaku melihat 2 orang pelajar yang dia tidak ingin jumpa waktu ini.
Apa mereka buat di sini?
"Oh maksud awak EunHyuk & Donghae ke? Mereka pun classmate kite jugak. Lupa nak cakap, tempat duduk diorang kat seblah awak."
Ehhh?!! 0_0
kedua-dua memandang muka MinJee dengan selamba lalu memasuki kelas, dan mengambil tepat duduk masing-masing. Eunhyuk di sebelah kiri Minjee manakala Donghae di sebelah kanan.
Minjee membaringkan kepalanya di meja,
Dalam banyak-banyak orang kenapa diorang?? Apa salahku pada masa lalu sampai aku boleh stuck dengan diorang nie? Urgg! Malang sungguh nasibku.
Siapa nak stuck dengan ko? tak malu Eunhyuk berkata dengan pelan, cukup pelan agar tidak didengari oleh Minjee.
Donghae pula hanya tersengih melihat gelagat Minjee
Gadis ni memang lain dari yang lain.
----------------------------------------
Bang!!
Kedengaran bunyi kuat datang dari luar kelas.
Senyuman terukir dari bibir Minjee apabila mendengar bunyi tersebut, Eunhyuk pula yang dari tadi memerhatikan Minjee perasan akan senyuman Minjee yang tetiba.
Apa kena dengan minah nie? senyum sendiri pulak, gila ke apa?
Pada waktu itu muncul salah seorang pelajar lelaki, berlari masuk ke kelas mereka lalu menjerit
"EUNHYUK! DONGHAE! KERETA KORANG!!"
EunHyuk memberi jelingan yang tajam kepada Minjee sebelum berlari keluar bersama Donghae.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kereta mereka yang awalnya cantik kini sudah rosak.
Kereta Eunhyuk yang awalnya putih bersih kini dilumuri dengan cat berwarna hijau manakala tayar kereta donghae telah pancut akibat paku-paku yang dibiarkan bertaburan di jalan.
Clever, Donghae tersenyum sambil melihat keadaan keretanya, tidak sangka pelajar baru boleh memikirkan idea melakukan hal yang sedemikian.
Aku bunuh jugak perempuan tu bila aku jumpa dia nanti!