Chapter 3
Wednesday, 14 December 2011 | 00:22 | 0 comments
Myungsoo sering kali di ejek oleh rakan sekolahnya oleh sebab sikapnya yang pelik ketika waktu hujan.
Ada yang berkata bahawa Myungsoo telah disumpah oleh dewa hujan, dan macam-macam lagi.
Tapi Myungsoo tidak pernah mengambil kesah kata-kata mereka. Baginya semua itu tidak penting, asalkan dia dapat berjumpa dengan heeyoung, Heeyoung jugalah penyebab Myungsoo menyukai hari hujan sekarang sepertimana dia menyukai Heeyoung.
"Heeyoung, saya suka awak" luahan hati myungsoo kepada heeyoung, gadis yang berjaya menambat hatinya.
"Sorry Myungsoo, tapi kita tidak boleh bersama, saya hanya boleh berjumpa awak ketika hari hujan sahaja, dan saya juga tahu, selepas kita berjumpa awak mesti demam terkena air hujan kan? Adalah lebih baik sekiranya saya tinggalkan awak" Heeyoung berkata sebelum meninggalkan pemuda tersebut, walaupun hatinya sakit mengatakan hal tersebut kepada Myungsoo, tetapi ianya adalah lebih baik sekiranya mereka berpisah sekarang daripada dia terus menyebab kan Myungsoo sengsara.
Sejak dari hari itu Myungsoo tidak lagi bertemu Heeyoung,
Dia risaukan Heeyoung.
"Aku tidak seharusnye confess kat dia time tu!! kalau tak tentu semua nie tak jadi! tentu aku dan dia still friends! Semua ni salah aku!!" Fikiran Myungsoo semakin rungsing, baginya dialah yang bersalah. kalaulah dia tidak meluahkan perasaannya, tentu Heeyoung masih bersamanya.
Kadang-kadang Myungsoo berharap Heeyoung dapat muncul di hadapannya secara tiba-tiba, sepertimana sewaktu dia berkenalan dengannya dulu. Myungsoo benar-benar merindukan Heeyoung, belum sempat dia hendak memberitahu Heeyoung bahawa dialah penyebab kenapa dia sukakan hujan, Heeyoung telah pergi meninggalkan nya.
Baginya Heeyoung bagaikan bidadari...
Bidadari yang tetiba muncul dalam hidupnya,
Dan kini pergi meninggalkan dirinya.