Chapter 1
Tuesday, 13 December 2011 | 12:50 | 0 comments
"Hujan lebat lagi." Keluh Myungsoo yang sedang duduk di tempatnya, bersebelahan dengan tingkap sekolah. Myungsoo memandang ke bawah, "Eh dia kan.." Myungsoo terlihat seorang gadis yang kelihatan seusia dengannya, berada di padang, memandang tepat ke arah Myungsoo, gadis yang sama dilihatnya sejak kebelakangan ini. Tapi yang menghairankan Myungsoo gadis yang berdiri di padang ketika waktu hujan, langsung tidak basah terkena walau setitik air hujan pun.
Dengan perasaan yang ingin tahu, Myungsoo mengambil keputusan untuk bertemu gadis tersebut.
Makin dekat Myungsoo ke arahnya, makin jelas kelihatan wajahnya, "Minah ni boleh tahan gak lawanye" Bisik Myungsoo di dalam hatinya.
"Hai! Nama awak ape?" Tanpa sebarang salam, Myungsoo mengajukan soalan kepada gadis tersebut.
"Nama saya?" Gadis berkata, terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba.
"Awak skodeng saya kat sini setiap kali hari hujan kan?" Myungsoo bertanya.
"Skodeng awak? Hahaha." Gadis tersebut ketawa selepas mendengar pertanyaan Myungsoo sebentar tadi.
"Yelah. Kenapa awak gelak?" Myungsoo berkata dengan nada yang tinggi. Sakit hati sebab gelakan gadis tersebut.
"Jangan nak bergurau, Saya tak nampak awak pun" Balas gadis tersebut.
"Apa maksudnya tak nampak? tak kan la.." Myungsoo memerhati gadis tersebut dengan teliti ."awak buta!!".
"Tahu pun awak" balas gadis tersebut.
"Habis tu kenapa awak selalu berdiri kat sini ketika hari hujan?" Tanya Myungsoo.
Gadis tersebut tersenyum lalu berkata "Saya hanya boleh keluar ketita hari hujan".
Sejak dari hari itu mereka telah menjadi kawan baik, mereka akan berjumpa setiap kali hari hujan, Myungsoo tahu bahawa gaids tersebut bukan manusia, mungkin bukan manusia biasa, sebab itulah mereka hanya boleh berjumpa sewaktu hari hujan, selain Myungsoo tiada siapa dapat melihat gadis tersebut.
"Heeyoung!! " Jerit Myungsoo sambil berlari ke arah gadis tersebut.
"Myungsoo!!" jerit gadis tersebut sambil melambai2.
"Heeyoung, saya kat sebelah kiri awak la, bukan kat kanan" Myungsoo berkata lalu memegang tangan Heeyoung, agar gadis tersebut tahu bahawa dia telah tersilap arah.
"Mianhae" kata gadis tersebut. Tersipu malu dibuatnya.
Myungsoo berborak sambil memeluk bahu Heeyoung sambil berjalan menuju ke luar sekolah. Semua memandang Myungsoo dengan pelik, mereka hanya dapat melihat myungsoo bercakap sendiri. Tiada siapa yang dapat melihat bahawa Myungsoo sebenarnya bersama seorang gadis cantik, yang penuh dengan misteri.