Chapter 4
Sunday, 25 December 2011 | 14:09 | 0 comments
Blue - Eunhyuk
Purple - Minjee
Red - Donghae
First time aku jumpa student baru macam ni. Tabik spring la kat budak ni, dia berani kan?
Dan di sebabkan keberaniannya ni dia bakal merasa seksaan dariku!! Berani betul minah ni sentuh 'baby'.
EunHyuk benar-benar sayangkan 'baby', panggilan manja untuk kereta kesayangannya. Melihat keretanya diselaputi dengan cat makin membuatkan perasaan marahnya terhadap Minjee membuak-buak.
Donghae pula sebaliknya tidak mampu memarahi Minjee apatah lagi membencinya.
Wajah MinJee sewaktu pertama kali mereka berjumpa masih bermain-main di kepalanya.
Ketika memandang Minjee hatinya akan berdegup dengan laju dan ia menakutkannya. Dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya, inilah kali pertama dia merasakan perasaan sebegini.
Dia tahu dia telah melukakan hati Minjee dengan percakapannya kemarin, Dia dapat melihatnya dari mata Minjee, tidak tahan melihat Minjee terluka, tidak terdaya untuk meminta maaf, itulah sebabnya kenapa Donghae pergi begitu sahaja selepas melukakan hati Minjee kemarin.
Hae memandang kembali ke arah keretanya lalu tersenyum.
Kalau inilah balasan atas kebodohanku kemarin terhadapnya terhadapnya akanku terima dengan hati yang terbuka, biarlah keretaku yang menjadi mangsa asalkan dia berasa senang hati.
EunHyuk memandang donghae dengan penuh kehairanan apabila melihat donghae tersenyum menyaksikan keretanya diperlakukan sebegitu.
Weh! macamana kau boleh tersenyum pada masa camni? Eunhyuk bertanya dengan nada tidak puas hati.
Sebelum Sempat Hae mampu berkata apa-apa Hyuk bergegas kembali ke kelas.
Melihat Minjee memadam papan hitam, Eunhyuk menarik tangan Minjee, membuatkan minjee memandang tepat ke arahnya.
Stupid girl! Kau tau tak apa kau dah buat? kau dah rosakkan kereta kesayanganku!!
Minjee memandang Eunhyuk dengan muka kehairanan, seolah-olah tidak tahu apa yang dimaksudkan Eunhyuk.
Jangan nak belagak 'innocent'! aku tau kau yang buat semua ni! kau yang simbah cat kat keretaku kan?! Eunhyuk menengking, tidak dapat mengawal perasaannya lagi.
Apa? Kereta awak kene simbah dengan cat ye? tsk..tsk...
Siapalah yang sanggup buat macam tu, kesian awak kan??
Minjee berkata dengan nada ejekan, sengaja ingin memanaskan Eunhyuk lagi.
Ahhhhhh!!! Sudah! Aku akan pastikan kau menyesal suatu hari nanti! ingat tu!
Eunhyuk memberi amaran sebelum beredar, meninggalkan Minjee dengan senyuman kemenangan.
----------------------------------------
MinJee berasa bosan duduk seorang dikelas, Krystal terpaksa berjumpa dengan guru kelas kerana ada hal yang ingin diuruskan, manakala rakan sekelasnya yang lain idak seorang pun yang menyukainya, Jadi Minjee mengambil keputusan untuk keluar. Sewaktu dia 'menjelajahi' sekolah barunya dia terjumpa sebuah taman yang terletak tepat-tepat di belakang sekolah. Minjee pergi ke taman tersebut lalu duduk di kerusi yang berdekatan, menutup matanya lalu menarik nafas lega, S
etelah dia memasuki SG High hidpunya menjadi tidak menentu. sebelum ini dia merupakan seorang yang optimistik, yang penuh dengan impian, mempunyai kehidupan sebagai seorang pelajar biasa yang ingin mencari cinta sejatinya. Minjee rindukan semua itu, namun dia tahu dia tidak dapat melakukannya lagi, memandangkan dia telah dijodohkan dengan orang yang tidak dia kenali.
Air mula membasahi pipi Minjee.
Hidupnya telah diatur dan dia tidak mempunyai pilihan sendiri untuk mengatur kehidupannya.
Menangislah, tapi hanya untuk kali ni,.. lepas ni kau kena kembali ke diri asal kau, yang periang dan tidak mudah mengalah! Kau mampu lakukannya, Kim MinJee Hwaiting!!
Selepas beberapa minit, air mata Minjee berhenti mengalir, digantikan dengan senyuman terpampang di wajahnya.
"Hai!"
Suara tersebut telah berjaya menyedarkan Minjee dari lamunan.
You!! WTF are you doing here?
Minjee terkejut apabila melihat wajah empunya suara tersebut...