Follow | Home
Bitchy Season
Chapter 2
Saturday, 24 December 2011 | 09:59 | 0 comments
Blue - Lee HyukJae
Red - Lee DongHae
Purple - Kim MinJee
Urghh!!! diorang ingat diorang tu siapa? Ingat dunia ni mak bapak diorang yang punye? Diorang takde hak nak kutuk aku sampai macam tu sekali, Diorang seharusnya jaga bahasa ketika bercakap dengan orang lain, jangan main lepas jer! aish!! makin panas pulak hati ni bila ingat pasal budak dua ekor tu.


MinJee menghentikan langkah apabila dia sampai ke destinasinya.
Dia kini berada di hadapan pintu kelasnya, apabila mendengar namanya di panggil oleh guru kelas dia pun mengambil nafas panjang lalu memasuki kelas tersebut.

Semasa dia memasuki kelas dia dapat merasakan semua mata tertumpu kepadanya.
Berbisik sesama yang lain.


"Ini ke orangnye?"
"Takde lah cantik mana pun."
"Ade hati pulak minah ni nak bercakap dengan mereka."
"Aku rasa dia sengaja merancangkan plan tadi so dia dapat jumpa dengan mereka."
"Dasar perempuan murahan!"
"Orang miskin macam dia tak layak berada di sekolah kita."


MinJee terdengar semua bisikan rakan sekelasnya namun dia masih dapat memberikan senyuman sambil mengenalkan dirinya di hadapan mereka semua.
Setiap mata memandangnya seolah-olah dia telah melakukan perbuatan-perbuatan yang terhina.
Walaupun dia tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku, namun dalam hatinya cuma tuhan sahaja yang dapat merasakan bagaimana risau dan takutnya dia ketika itu.

Minjee berasa lega apabila bunyi loceng berbunyi. Ini menandakan sudah tibanya waktu rehat.
Rehat merupakan waktu yang paling digemarinya...
Dia paling suka makan, tiada apa yang dapat mengembirakannya selain makanan.

Minjee menuju ke kantin dan mendapati kesemua tempat makan telah penuh.
Jelingan dan bisikan yang kurang menyenangkan masih dapat dirasakan oleh MinJee.
MinJee tidak dapat menahan dirinya dari bengang.

Apa kena dengan diorang semua ni? dari tadi pagi tak habis-habis nak mengata aku. Siap pandang-pandang macam aku ni apa je. 


Tanpa MinJee sedari, salah seorang pelajar mendekatinya, sengaja melanggar MinJee lalu menumpahkan bekalnya ke arah MinJee.

"Oops! Sorry" pelajar tersebut berkata lalu meninggalkan minjee yang kekotoran di situ, kedengaran pelajar tersebut ketawa terbahak-bahak bersama rakannya yang lain selepas kejadian tadi.

Diorang ni memang takde adab langsung, sabar minjee sabar, tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam... fuuuu
MinJee berkata di dalam hati, cuba menenangkan dirinya.

----------------------------------------

Dari sudut kantin yang lain dua pasang mata telah memerhatikan kejadian tadi.

Gadis tu lagi..


That stupid girl surely knows how 'make friends' . EunHyuk berkata sambil tersenyum


----------------------------------------

Baru sahaja Minjee ingin melangkah masuk ke kelas dia telah di halang oleh sekumpulan pelajar perempuan.

Boleh tolong ketepi tak? saya dah lambat nak masuk ke kelas ni.


"Kau fikir kau tu siapa? ada hati nak mengedik dengan EunHyuk kami!"
"Aku pun nampak ko sengaja nak main mata dengan Donghae ku kan?!"


Apa yag korang merepek ni?? main mata? aku langsung tak kenal siapa eunhyuk dan donghae ni, macam mana lak aku boleh mengedik kat orang yang aku tak kenal? Entah handsome ke tak orang yang korang katakan ni.


"Tak guna!" salah seorang daripada pelajar tersebut berkata sambil menaikkan tangannya ke udara, sedia untuk menampar Minjee, malang baginya belum sempat dia ingin mengapa-apakan Minjee berjaya menangkap tangannya, mengenggam erat pergelangan tangannya lalu memandang tepat-tepat ke arah pelajar tersebut.

MinJee sudah biasa dan tahu bagaimana untuk menghadapi pelajar-pelajar sedimikian.
Kau fikir senang-senang je kau nampak tampar aku? banyak cantik muke kau, aku tak pernah kacau hidup korang pun, yang korang kacau aku ni kenapa?. Dah takde kerja lain nak buat ke? 
Aku Kim MinJee! 
Aku tak rasa takut pun dengan semua ni!
Minjee berkata dengan confidennya, lalu beredar dari sana.


Aku tak rasa takut KECUALI kejadian tadi pagi.
Aku akan pastikan budak dua ekor tu menyesal sebab cari pasal dengan aku.
Bisik Minjee di dalam hatinya.

Older Post | Newer Post
Confession

Assalamualaikum and Annyeong readers ! Welcome to my blog . The owner of the blog is Lee EunRa , 95-Liner .Best View on Google Chrome.
© All Rights Reserved .
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Meet me at :
Facebook | Twitter




Voice Out

Navigations

Myself Fanfiction Stories

Big Thanks
Template by : BellaDani
Design by : BellaDani
Header by : Bella
Best view by google chrome :) always be with you