Chapter 4
Wednesday, 14 December 2011 | 01:54 | 0 comments
"Termasuk hari ni, sudah genap 7 bulan sejak kali terakhir aku berjumpa Heeyoung, Hampir ke seluruh tempat aku mencari, ketika hujan tidak pernah sekali pun dalam 7 bulan ni aku berteduh di rumah, Aku sibuk mencarinya, namun sampai sekarang masih tidak ku temui. Benarkah dia telah lesap dari hidupku? patutkah aku berputus asa sekarang? arghhhh!! bingung aku macam ni".
Myungsoo membaringkan kepalanya di meja. Sambil berharap agak tuhan dapat menemukannya kembali bersama Heeyoung, walaupun hanya sekali.
Baru sahaja Myungsoo melelapkan matanya, bunyi titsan hujan dapat di dengari, Myungsoo bangun lalu melihat ke araah tingkap. "Heeyoung!!" Jeritnya lalu lari ke arah gadis tersebut lalu memeluk belakang gadis tersebut tanpa diminta.
"Jangan tinggalkan saya lagi, boleh tak? Saya tak sanggup kehilangan awak lagi.". Myungsoo merayu pada Heeyoung, berharap agar Heeyoung sanggup tinggal di sini semula, bersamanya.
Air mata Heeyoung jatuh seperti titisan hujan, jatuh membasahi wajahnya.
"Maafkan saya, tetapi saya Harus pergi." katanya.
"Kenapa? Mestikah awak pergi? Kenapa awak nak tinggalkan saya? Apa sebabnya?" Bertalu-talu soalan diberikan kepada Heeyoung.
"Awak pernah dengar tak cerita mengenai Sumpahan Hujan?" Tanya Heeyoung.
"Sumpahan Hujan?" Myungsoo memandang ke arah Heeyoung dengan muka yang penuh tanda tanya.