Keesokan paginya Minjee meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa. Dia berterima kasih kepada Donghae sebab sanggup menjaganya semalam. Dia sendiri tidak tahu apa kena dengan dirinya, dengan semua kekecewaan dan bebanan yang ditanggungnya, dia besyukur kerana dia mempunyai Donghae yang boleh dijadikan tempat berlindung.
Ouch!! Jerit Minjee sambil dia menyentuh dahinya. Sorry, saya tak nampak jalan tadi. Minjee berkata lalu mendongakkan kepalanya, alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui orang yang di langgarnya tidak lain tidak bukan, Eunhyuk.
--------------------Flashback--------------------
Minjee, I love you. Bisik Donghae lalu mencium dahi minjee sebelum beredar dari bilik tersebut
--------------------Endback--------------------
Darah Eunhyuk membuak-buak apabila 'scene' Donghae semalam terlintas di fikirannya.
Can't you do anything right?? You really are Stupid?! Bentak Eunhyuk.
Kan aku dah kata Sorry tadi! Kau tak boleh terima apology ke?? Balas Minjee, sakit hati dengan Eunhyuk. Aku betul-betul tak paham camne lah Donghae boleh tahan dengan orang macam kau ni. Menyakitkan hati je. Rungut Minjee.
Apabila mendengar nama Donghae makin sakit hati Eunhyuk dibuatnya. Matanya dipenuhi dengan kemarahan, hatinya sakit, bagaikan dipanah petir.
Bukan aku ke yang patut kata macam tu?! Aku tak paham la apa yang Donghae tengok kat kau ni! You're just nothing but a stupid girl yang hanya tau menyusahkan orang lain je!!
Kau takde hak nak kata kata aku macam tu! takde hak nak bentak-bentak aku! kau ingat kau tu siapa??
Kau tak kenal pun siapa aku yang sebenarnya! Jerit Minjee, mengangkat tangannya, sedia untuk menampar Eunhyuk.
Belum sempat tangan Minjee hingap ke pipi Eunhyuk, Eunhyuk menangkap tangan Minjee, memandangnya dengan marah.
Wrong move! Baru sahaja Eunhyuk ingin menampar Minjee kembali, kemarahannya tiba-tiba reda apabila menyaksikan mata Minjee yang dipenuhi kesedihan, Ingin sahaja Eunhyuk memeluknya, namun dia tahu dia tidak boleh melakukannya. Eunhyuk menutup matanya sambil menggengam tangannya.
Arghh!! Eunhyuk menjerit, melepaskan tangan Minjee, lalu beredar dari situ.
------------------------------------------------
Tidak jauh dari situ, Donghae menyaksikan seluruh kejadian tersebut, Dia dan Eunhyuk telah bersama sejak kecil lagi, dia tahu Eunhyuk mampu bersikap tenang dalam semua jenis keadaan pun, melihat Eunhyuk meradang sebegini, terutamanya kepada perempuan, bagaikan bukan Eunhyuk.
Dia tahu kemarahan Eunhyuk kali ini bukanlah disebabkan 'kemalangan' yang dilakukan Minjee keatas kereta kesayangan Eunhyuk, ianya lebih dari itu. Lebih dalam Donghae memikirkannya, lebih gelisah Donghae jadinya.