Chapter 10
Thursday, 31 May 2012 | 12:35 | 1 comments
"Brapa lama lagi kau nak pendam perasaan kau kat dia?"
Donghae terkejut apabila Krystal menyapanya secara tiba-tiba. Donghae mengenali Krystal melalui Minjee. Walaupun mereka tidaklah serapat dirinya dengan Minjee, dia tetap menganggap Krystal sebagai rakannya.
"Kau plan nak tunggu masa yang sesuai ke? Pernah tak terfikir macamana sekiranya kau takde masa yang sesuai lagi nak katakan kat dia yang kau sukakan dia? Bagaimana sekiranya pada saat kau nak confess kat dia, dia dah takde untuk kau? Kau sanggup ke korbankan kebahagiaan kau? " Kata Krystal dengan nada yang serius.
"Apa maksud kau?"
Krystal tersenyum lalu menepuk bahu Donghae.
"Apa yang aku nak katakan kita tak tau apa yang akan jadi masa akan datang. Jangan tunggu lama-lama. Nanti menyesal baru tau. Ingat baik-baik. 'Fate may not always be by our side'" Krystal berkata sebelum meninggalkan Donghae.
"Fate??? Does it really exist?"
--------------------------------------------------
"Dah sedia?" Ayah Minjee bertanya dengan nada yang gementar.
Minjee senyum lalu memegang erat tangan ayahnya menunjukkan yang dia bersedia.
Minjee memandang sekali lagi ke arah rumah besar yang kononnya merupakan rumah 'bakal suaminya' sebelum mereka memasuki pagar rumah tersebut.
--------------------------------------------------
"How could you decided on something like this?! Saya tak pernah agree pun nak kahwin dengan dia!" Bentak lelaki muda .aka. Tunang Minjee.
"Keputusan Ayah Muktamad! Mereka akan pindah ke sini mulai hari ini. Kata Lelaki tua tersebut.
"Tapi kenapa mereka harus pindah ke rumah kita? Biar je la diorang tinggal kat rumah diorang! kan lebih baik macam tu" Rungut lelaki muda.
Bukan apa. Ayah buat macamnie supaya kau dapat mengenali isteri kau dengan lebih baik" Kata lelaki tua.
"Dia bukan isteri saya! Lagipun kan saya dah pernah bagitau ayah sebelum ni. I like someone else!"
"Tak boleh ke kau mengalah untuk kali nie? Just give it a chance. Ayah yakin kau pasti akan suka tunang kau ni" Kata lelaki tua itu dengan yakinnya.
"Dad! I'm not a kid anymore. You can't just control my life!. Hati saya dah di miliki! Gadis ni tak akan mampu menawan hati saya. Ayah, my love is only for ....."
Knock! knock!
Belum sempat lelaki tersebut menghabiskan kata-katanya, kedengaran bunyi ketukan di pintu depan rumah mereka.
"Ini mesti besan & bakal menantu ayah. Ingat! kau jangan buat perangai pulak di hadapan mereka" pesan lelaki tua tersebut sebelum membuka pintu.
"No matter what i won't let anyone control my life. ever!". Bisik lelaki muda.
Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila ayahnya membuka pintu rumah mereka. Sesuatu, atau lebih tepat lagi, seseorang yang dia langsung tidak sangka berada di hadapannya. Semua ini bagaikan mimpi baginya. Gadis yang berjaya menawan hatinya, merupakan tunangnya selama ini.
"Minjee"